Pakej Umrah 2017 | Umrah Zamzam Tower

umrah

Harga tertakluk kepada pindaan Syarikat Penerbangan dan hotel penginapan serta pertukaran matawang semasa. Visa dan tarikh adalah tertakluk kepada Kaunselor Kedutaan Saudi Kuala Lumpur.

HARGA PAKEJ TERMASUK PENGURUSAN:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai.
  • 6 malam penginapan di Retaj Al Bayt Mekah [ZAMZAM TOWER] (50m ke Masjidilharam) ATAU setaraf.
  • 3 malam penginapan di Bahauddin Hotel Madinah (100m) ATAU Setaraf.
  • Makan dan minum di Makkah dan Madinah.
  • Lawatan di kota suci Makkah termasuk ke Hudaibiyah dan Madinah.
  • Pengangkutan bas berhawa dingin sepanjang perjalanan darat.
  • Perkhidmatan Muassasah termasuk visa.
  • Perkhidmatan Mutawwiff di Mekah dan Madinah.
  • Seorang petugas dari KAG Travel serta seorang guru pembimbing yang akan mengiringi Jemaah dari Kuala Lumpur sehingga pulang.
  • Kursus Pemantapan Umrah.
  • Insuran peribadi (Manfaat perlindungan sehingga RM 100,000.00)

CENDERAHATI:

  • Beg kabin.
  • Beg gantung umrah
  • Uncang kasut
  • Kain ihram / telekung
  • Buku panduan umrah
  • Tag nama dan tag bagasi
  • Air zam-zam 5 liter untuk setiap seorang

ATURCARA 1 :
KUL > MED > JED > KUL

HARI 01 : KUALA LUMPUR > MADINAH
Berkumpul di aras 5 KLIA1 4 jam sebelum berlepas ke Madinah.

HARI 02 : MADINAH – ZIARAH DALAM
Tiba di Madinah. Selesai urusan imigresen bertolak ke hotel Madinah, daftar masuk dan rehat. Solat subuh dan sarapan pagi. Jemaah akan dibawa mutawif menziarahi sekitar Masjid Nabawi termasuk di Raudhah dan perkuburan Baqi’.

HARI 03 : MADINAH – ZIARAH LUAR
Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 7.30 pagi, Jemaah akan di bawa ziarah Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan membeli-belah di Pasar Kurma. Pulang ke hotel dan jadual bebas.

HARI 04 : MADINAH – ZIARAH TAMBAHAN
Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 7.30 pagi, Jemaah akan di bawa Bukit Magnet dan Muzium Pencetakan Al Quran. Pulang ke hotel dan jadual bebas.

HARI 05 : MADINAH > MAKKAH
Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 1100pagi letakkan beg di luar pintu hotel. Wida’ Rasulullah dan solat Jamak Takdim Zohor Asar. Jam 0200ptg bertolak ke Makkah dan Miqat Bir Ali. Setibanya di Mekah, daftar masuk ke hotel dan berehat sebelum menunaikan ibadah Umrah sambil dibimbing oleh mutawif ber-pengelaman.

HARI 06 : MAKKAH
Solat subuh dan sarapan pagi. Solat subuh dan sarapan pagi. Jadual sendiri dan bebas beribadat.

HARI 07 : MAKKAH – ZIARAH LUAR (JA’RANAH)
Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 6.30pagi berkumpul di lobi ziarah Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Masjid Nammierah, Mina dan ketiga-tiga tempat melontar Jamratul Aqaba, Ula, dan Usta. Jabal Nur dan bermiqat di Ja’ranah untuk para jemaah yang ingin menunaikan ibadah Umrah.

HARI 08 & 09 : MAKKAH
Solat subuh dan sarapan pagi. Jadual sendiri dan bebas beribadat.

HARI 10 : MAKKAH – HUDAIBIYAH
Solat subuh dan sarapan pagi. Jemaah akan dibawa menaiki bas dan di iringi oleh mutawif untuk menziarahi Ladang Unta dan ziarah Muzium Haramain. Kemudian bermiqat di Masjid Hudaibiyah (bagi sesiapa yang ingin membuat umrah).

HARI 11 : MAKKAH > JEDDAH > KUALA LUMPUR
Tawaf Wada’
. Bertolak ke Jeddah. Singgah Solat di Masjid Terapung Jeddah. Tiba di Lapangan Terbang Jeddah. Selesai urusan imigresen pulang ke Malaysia.

HARI 12 : KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur.


ATURCARA 2 :
KUL > JED > KUL

HARI 01 : KUALA LUMPUR > JEDDAH > MAKKAH
Berkumpul KLIA 3 jam sebelum berlepas ke Jeddah. Selesai urusan imigresen bertolak ke Makkah dan menunaikan ibadah Umrah dibimbing oleh mutawif berpengalaman. Selesai ibadat Umrah daftar masuk hotel dan rehat.

HARI 02 : MAKKAH – ZIARAH DALAM
Solat subuh dan sarapan pagi. Jemaah akan dibawa menziarahi Masjidil haram dan kawasan sekitarnya.

HARI 03 : MAKKAH – ZIARAH LUAR (JA’RANAH)
Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 6.30 pagi berkumpul di lobi ziarah Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Masjid Nammierah, Mina dan ketiga-tiga tempat melontar Jamratul Aqaba, Ula, dan Wusta. Jabal Nur dan bermiqat di Ja’ranah untuk para jemaah yang ingin menunaikan ibadah Umrah.

HARI 04 : MAKKAH
Solat subuh dan sarapan pagi. Jadual sendiri dan bebas beribadat.

HARI 05 : MAKKAH – HUDAIBIYAH
Solat subuh dan sarapan pagi. Selepas solat jumaat, Jemaah akan dibawa menaiki bas dan di iringi oleh mutawif untuk bermiqat di Masjid Hudaibiyah bagi sesiapa yang ingin membuat umrah, dan berakhir dengan ziarah Muzium Haramain sekiranya tiada halangan untuk ke Muzium Haramain.

HARI 06 : MAKKAH
Solat subuh dan sarapan pagi. Jadual sendiri dan bebas beribadat.

HARI 07 : MAKKAH > MADINAH
Bertolak ke Madinah sebelum Asar.

HARI 08 : MADINAH – ZIARAH DALAM
Solat subuh dan sarapan pagi. Jemaah akan dibawa mutawif menziarahi sekitar Masjid Nabawi. Pada waktu malam selepas isyak, Jemaah akan dibawa melawat Raudhah di Masjid Nabawi. Jemaah perempuan akan berkumpul di lobi hotel selepas Maghrib dan dibawa oleh mutawifah perempuan. Manakala Jemaah lelaki akan dibawa oleh mutawif lelaki.

HARI 09 : MADINAH – ZIARAH LUAR
Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 7.30 pagi ziarah Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan membeli-belah di Pasar Kurma.

HARI 10 : MADINAH – ZIARAH LUAR
Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 7.30 pagi ziarah Lapangan Magnet dan Kilang Quran. Pulang ke hotel dan jadual bebas (Tertakhluk kepada Kebenaran Kerajaan Arab Saudi).

HARI 11 : MADINAH > JEDDAH
Solat Subuh & sarapan pagi. Bertolak ke Jeddah dan bermalam di Hotel. Aktiviti  bebas.

HARI 12 : JEDDAH > KUALA LUMPUR
Solat subuh dan sarapan pagi. Bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah. Pulang ke Malaysia.


RETAJ AL BAYT SUITES HOTEL
Zamzam Tower (50m dari Majidil Haram)


BAHAUDDIN HOTEL
(100m dari Majidil Nabawi)


PERTANYAAN
Fields marked with an * are required

You May Also Like

12 thoughts on “Pakej Umrah 2017 | Umrah Zamzam Tower

  1. Saya bercadang nak mengerjakan umrah pada akhir Feb utk 2 org sebilik. Penerbangan selain drpd Air Asia. Hotel diMekah dlm jarak 50 meter juga sama diMadinah . Mohon quotation secepat mungkin. T kadih

    1. Waalaikumusalam Puan, kami setakat ini cuma available umrah untuk Mac dan Awal Ramadhan.Kami masih perbaiki. Selesai kami akan maklumkan. Hotel memang kami pakai 50 meter untuk kedua-duanya.

  2. assalamualaikum ..
    saya ingin bertanya harga . tarikh dan lain lain details package umrah utk tahun 2017 .
    utk anak lelaki saya . umur 28 tahun.
    tak mengapa kalau penginapan jauh sikit sekiranya ada harga yang didalam kemampuan dia.

    1. Waaalaikumusalam Puan, ada setakat ini yang paling dekat Umrah Jan 2017. Selain, untuk March dan Awal Ramadhan masih lagi diperbaiki. Maklumkan pada kami sekiranya berminat kami akan membantu.

      Terima kasih.

  3. Salam…
    sy ade email bertanykan quotation untuk menunaikan umrah pada tahun hadapan .
    1) quotation untuk 2 dewasa 2 kanak kanak (5 & 6 years old)
    2) quotation untuk 2 dewasa shj.

    Mintk pihak tuan check kan email yg dihantar drpd bazlin.yusof@gmail.com

  4. Assalamualaikum. Jadual Umrah di bulan feb – March 2017 sudah ada ka dan bole tahu harga package. Kmi berhasrat pergi anak beranak 4 org dewasa

    1. Waalaikumusalam Hajjah.
      Setakat ini belum ada cuma sekarang tarikh available untuk Umrah ada pada berikut:

      Jan 2017: 26 Jan – 07 Feb (13 h 10 mlm)
      Awal Ramadhan: 25 May – 05 Jun (12 h 10 mlm)

      Jika boleh call kami untuk tahu lebh lanjut.
      Terima kasih.

  5. Assalamualaikum,

    Ingin bertanya package umrah untuk, saya, anak perempuan (14 tahun) dan juga ibu saya. Penerbangan airasia (business class), date around 5 Ogos 2017 untuk 10 atau 14 hari. Package full board please. Do we need to bring Mahram with us? of could wejust go /follow other Umrah group?

    Terima kasih,

    Puan Liza

    1. Waalaikumualam Puan Liza disana,

      Boleh, cumanya anak puan haruslah bersama-sama dengan mahram iaitu suami @ anak leleki dewasa atas umur 19 tahun cukup umur, atas sebab anak perempuannya dibawah umur 45 tahun perlukan mahram. Jika boleh saya tahu puan sekiranya umur atas 45 tahun tidak perlu sebarang mahram.

      Untuk bulan sedemikian kami masih belum dapat group, tapi insyallah boleh saya buatkan. Boleh hubungi saya En. Hakim di nombor telefon tertera pada website kami untuk maklumat lebih lanjut.

      Terima kasih.

  6. AsSalam.. Untuk pakej umrah Jan-Feb, saya ingin maklumat berikut sebelum mendaftar:
    1. Harga2 utk bilik berdua dan bilik bertiga.
    2. Syarikat penerbangan sekiranya bukan Air Asia (tidak perlu dijawab jika AAsia).
    3. Jumlah jemaah mengikut anggaran biasa.

    Terima kasih.
    MKZ

    1. Waalaikumusalam tuan,

      Saya dapat apa yang cuba tuan maksudkan itu, sekiranya apa yang dimaksudkan tuan untuk selain dari AirAsia harga nya akan lebih mahal (Qatar, Emirates, & Saudi Airlines) sedikit berbanding dengan harga sedia ada untuk AirAsia. Jika begitu saya kena buat qouation bagi tuan tapi sebelum itu boleh saya dapatkan details seperti dibawah:

      1. No. pax
      2. Date travelling
      3. Airlines
      4. Fullboard, halfboard.

      Saya menunggu dari pihak tuan, Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *