Pakej Umrah Januari 2018


Harga tertakluk kepada pindaan Syarikat Penerbangan dan hotel penginapan serta pertukaran matawang semasa. Visa dan tarikh adalah tertakluk kepada Kaunselor Kedutaan Saudi Kuala Lumpur.

HARGA PAKEJ TERMASUK PENGURUSAN:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai.
  • Penginapan di Millenium Hotel Makkah (50m)  dan di Bahauddin Hotel Madinah @ Al Haram (50m) ATAU Setaraf.
  • Makan dan minum di Makkah dan Madinah.
  • Lawatan di kota suci Makkah termasuk ke Hudaibiyah dan Madinah.
  • Pengangkutan bas berhawa dingin sepanjang perjalanan darat.
  • Perkhidmatan Muassasah termasuk visa.
  • Perkhidmatan Mutawwiff di Mekah dan Madinah.
  • Seorang petugas dari KAG Travel serta seorang guru pembimbing yang akan mengiringi Jemaah dari Kuala Lumpur sehingga pulang.
  • Kursus Pemantapan Umrah.
  • Insuran peribadi (Manfaat perlindungan sehingga RM 100,000.00).

CENDERAHATI:

  • Beg kabin.
  • Beg gantung umrah
  • Uncang kasut
  • Kain ihram / telekung
  • Buku panduan umrah
  • Tag nama dan tag bagasi
  • Air zam-zam 5 liter untuk setiap seorang

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

  • Mengisi borang pendaftaran.
  • Wang pendahuluan sebanyak RM1000.
  • Bayaran penuh hendaklah dibuat sebulan sebelum berlepas.
  • Passport Malaysia ( tarikh sah lebih 6 bulan ).
  • Buku Suntikan Meningitis – ACYW 135.
  • 3 keping gambar visa (6cm x 4cm), berlatar putih, zoom muka 80%.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Dokumen mahram / waris.

MAHRAM
Pihak Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur telah menetapkan bahawa, wanita yang berumur 45 tahun ke bawah, kanak-kanak perempuan & kanak-kanak lelaki yang berumur di bawah 18 tahun yang ingin mengerjakan Umrah diwajibkan ditemani oleh mahramnya. Pihak Kedutaan Besar Arab Saudi melarang menggunakan mahram ‘tumpang’. Ia berkuatkuasa serta merta.

BERIKUT ADALAH SENARAI MAHRAM

  • Suami.
  • Bapa.
  • Bapa Mertua.
  • Anak Lelaki Dewasa berumur 18 tahun ke atas.
  • Saudara Lelaki (adik beradik lelaki).
  • Bapa Saudara dari Sebelah Bapa.
  • Anak Lelaki Suami (Anak Tiri Lelaki).
  • Anak Lelaki dari Saudara Lelaki (Anak Saudara).
Sila lampirkan dokumen / serta pengesahan dari pejabat pendaftaran atau Pejabat Agama Islam.

ATURCARA

HARI 01 : SELASA | 23 JAN
KUALA LUMPUR > JEDDAH > MAKKAH

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas ke Jeddah dengan penerbangan MAS. Selesai urusan imigresen bertolak ke hotel Makkah dan menunaikan ibadah umrah dibimbing oleh mutawif berpengalaman. Selesai ibadat daftar masuk dan rehat.

HARI 02 : RABU | 24 JAN
MADINAH – ZIARAH DALAM

Solat Subuh dan sarapan pagi. Jemaah akan dibawa menziarahi Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya.

HARI 03 : KHAMIS | 25 JAN
MAKKAH – ZIARAH LUAR (JA’RANAH)

Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 6.30 pagi, berkumpul di lobi untuk ziarah Jabal Thur, Arafah dan Jabal Rahmah. Jemaah juga akan dibawa melalui dan melihat Masjid Nammierah, Muzdalifah, Mina dan ketiga-tiga tempat melontar Jamratul Aqaba, Ula, dan Wusta serta Jabal Nur dari dalam bas serta bermiqat di Ja’ranah untuk para jemaah yang ingin menunaikan ibadah Umrah.

HARI 04 : JUMAAT | 26 JAN
MAKKAH

Solat subuh dan sarapan pagi. Jadual sendiri dan bebas beribadat.

HARI 05 : SABTU | 27 JAN
MAKKAH – HUDAIBIYAH
Solat subuh dan sarapan pagi. Jemaah akan dibawa menaiki bas dan di iringi oleh mutawif untuk menziarahi ziarah Muzium Haramain. Kemudian bermiqat di Masjid Hudaibiyah (bagi sesiapa yang ingin membuat umrah).

HARI 06 : AHAD | 28 JAN
MAKKAH

Solat subuh dan sarapan pagi. Jadual sendiri dan bebas beribadat.

HARI 07 : ISNIN | 29 JAN
MAKKAH > MADINAH

Bertolak ke Madinah selepas Asar. Daftar masuk hotel Madinah.

HARI 08 : SELASA | 30 JAN
MADINAH – ZIARAH DALAM

Solat subuh dan sarapan pagi. Jemaah akan dibawa mutawif menziarahi sekitar Masjid Nabawi. Pada waktu malam lepas isya, Jemaah akan dibawa melawat Raudhah di Masjid Nabawi. Jemaah perempuan akan berkumpul di hotel selepas maghrib dan dibawa oleh mutawif perempua. Manakala jemaah lelaki akan dibawa oleh mutawif lelaki.

HARI 09 : RABU | 31 JAN
MADINAH – ZIARAH LUAR
Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 7.30 pagi, Jemaah akan di bawa ziarah Masjid Quba, Jabal Uhud dan membeli-belah di Pasar Kurma. Jemaah hanya akan dibawa melalui dan melihat Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh dari dalam bas. Pulang ke hotel dan jadual bebas.

HARI 10 : KHAMIS | 01 FEB
MADINAH – ZIARAH TAMBAHAN

Solat subuh dan sarapan pagi. Jadual sendiri dan bebas beribadat. Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 7.30 pagi, Jemaah akan di bawa ke Bukit Magnet dan Muzium Pencetakan Al Quran sekiranya kilang percetakan itu dibuka & tiada halangan untuk menziarahi bukit magnet. Pulang ke hotel dan jadual bebas.

HARI 11 : JUMAAT | 02 FEB
MADINAH > JEDDAH

Solat subuh dan sarapan pagi. Bertolak ke Jeddah. Singgah Solat di Masjid Terapung Jeddah. Tiba di Lapangan Terbang Jeddah. Selesai urusan imigresen pulang ke Malaysia dengan penerbangan MAS.

HARI 12 : SABTU | 03 FEB
KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur.

PERTANYAAN
Fields marked with an * are required

You May Also Like

4 thoughts on “Pakej Umrah Januari 2018

  1. Assalamualaikum,
    Anak lelaki saya lahir pada 26/6/2000. Adakah kiraan umur dikira berdasarkan pada tahun kelahiran atau pada tarikh sebenar kelahiran. Saya bercadang untuk menunaikan umrah pada bulan Januari 2018.

    1. Waalaikumusalam puan,
      biasanya umur dikira mengikut tarikh lahir bukannya tahun kelahiran
      bagi lelaki yg kurang daripada 18 tahun kena ada mahram.
      Waalhua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *