4D3N Banda Aceh-Pulau Sabang

GROUND ONLY

itinerary   term

TAMAT TEMPOH SAH
31th Disember 2017
HARGA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN TANPA NOTIS !
HOTEL
Medan Hotel @ setaraf **
Grand Permata Hati Hotel @ setaraf ***
Hermes Palace Hotel @ setaraf ****

NOTA :

  • Harga budak (3-10 tahun) dengan katil 100% daripada harga dewasa.
  • Harga budak tanpa katil 50% dari harga dewasa.

PAKEJ TERMASUK:

  • 03 malam penginapan di hotel terpilih beserta dengan sarapan pagi.
  • Makanan halal di restoran tempatan seperti di dalam program.
  • Kenderaan pengangkutan yang disediakan bersama dengan Pemandu Pelancong berbahasa English dan Indonesia.
  • Parkir,bayaran masuk & tiket feri Sabang/Acheh.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

  • Tiket Pesawat, snorkling/diving bot kaca.
  • Travel Insurance.
  • Minuman lain seperti jus buah-buahan, kopi & teh.
  • Tipping untuk Pemandu Pelancong & Pemandu.

ITINERARY

HARI 01 : Makan Tengahari/Makan Malam
KETIBAAN DI BANDA ACEH
Rombongan anda akan di sambut oleh Pemandu Pelancong kami dan terus ke restoran tempatan untuk makan tengahari (dalam perjalanan ke restoran singgah di Taman Makam tsunami Kampun Siron). Kemudian terus ke hotel untuk daftar masuk.
Tour ke Museum Tsunami, Kapal PLTD Apung, dan kapal Navigasi. Perjalanan diteruskan ke restoran tempatan untuk makan malam.
Selesai makan malam balik ke hotel untuk beristirehat.

HARI 02 : Sarapan pagi/Makan Tengahari/Makan Malam
BANDA ACHEH-SABANG
Sarapan pagi di hotel, dan terus ke Perlabuhan Ulhee Lheue untuk menyeberang ke Sabang (Pulau Weh) selama 45 minit perjalanan dengan feri. Di Sabang rombongan akan dibawa mengunjungi Benteng Jepang dan melihat keindahan pantai di Teluk Sabang. Terus ke hotel untuk daftar masuk dan makan tengahari di restoran tempatan.
Perjalanan diteruskan ke Pantai Gapang, KM0, Pantai Iboih. Di Iboih rombongan diberikan masa untuk “snorkling”, “diving”, “swimming” atau menaiki bot kaca untuk melihat keindahan dalam laut dengan berbagai-bagai spesis batu karang dan ikan di Pulau Rubiah yang berhampiran.
Pulang ke hotel dan berehat sebelum makan malam disediakan di restoran tempatan.

HARI 03 : Sarapan pagi/makan tengahari/makan malam
SABANG-BANDA ACHEH
Setelah selesai sarapan pagi di hotel, pihak rombongan akan dibawa ke jeti perlabuhan Balohan, Sabang untuk pulang kembali ke Banda Acheh dengan perjalanan selama 45 minit dengan feri.
Setibanya di Acheh, perjalanan diteruskan ke Masjid Baitulrahim Ulhee Lheue,”Escape Building,” kapal diatas rumah, berphoto bersama di Masjid Raya Baitulrahman, Muzium Acheh, dan Gunungan. Kemudian, pindah masuk hotel dan makan tengahari di restoran tempatan.
Program di teruskan dengan membeli belah di kedai “souvenir shop Acheh” diikuti dengan ke Kubah terdampar ditengah sawah, Rumah Cut Nyak Dhien/Pusat Ole Ole Kue khas Acheh, Pantai Lhoknga, Masjid Rahmatullah dan Pantai Lam Puuk.
Pulang ke hotel dan beristirehat sebelum dihidangkan dengan makan malam di restoran tempatan.

HARI 04 : Sarapan Pagi
ACHEH-PENERBANGAN PULANG
Sarapan pagi di hotel, diikuti dengan daftar keluar hotel.
Peserta rombongan akan di hantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
Program tamat.

AVAILABILITY CHECK

Fields marked with an * are required

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *