12H10M Umrah Ramadhan 2018 (Ekonomi)

PAKEJ UMRAH RAMADHAN 2018HARGA BILIK DEWASA (RM SEORANG)HARGA KANAK-KANAKATURCARA
TARIKHHARIDESTINASIPESAWATBEREMPATBERTIGABERDUABERKATILTANPA KATILINFO
16 - 27 Mei12H10MKUL > MED > JED > KULMAS8,7909,30010,0507,8905,500

Harga tertakluk kepada pindaan Syarikat Penerbangan dan hotel penginapan serta pertukaran matawang semasa. Visa dan tarikh adalah tertakluk kepada Kaunselor Kedutaan Saudi Kuala Lumpur.

HARGA PAKEJ TERMASUK PENGURUSAN:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai.
  • Penginapan di Anwar Al Diyafah (150m) Hotel Makkah dan di Bahauddin Al Madinah Hotel Madinah (50m) ATAU Setaraf.
  • Makan dan minum di Makkah dan Madinah.
  • Lawatan di kota suci Makkah termasuk ke Hudaibiyah dan Madinah.
  • Pengangkutan bas berhawa dingin sepanjang perjalanan darat.
  • Perkhidmatan Muassasah termasuk visa.
  • Perkhidmatan Mutawwiff di Mekah dan Madinah.
  • Seorang petugas dari KAG Travel serta seorang guru pembimbing yang akan mengiringi Jemaah dari Kuala Lumpur sehingga pulang.
  • Kursus Pemantapan Umrah.
  • Insuran peribadi (Manfaat perlindungan sehingga RM 100,000.00).

CENDERAHATI:

  • Beg kabin.
  • Beg gantung umrah
  • Uncang kasut
  • Kain ihram / telekung
  • Buku panduan umrah
  • Tag nama dan tag bagasi
  • Air zam-zam 5 liter untuk setiap seorang

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

  • Mengisi borang pendaftaran.
  • Wang pendahuluan sebanyak RM1000.
  • Bayaran penuh hendaklah dibuat sebulan sebelum berlepas.
  • Passport Malaysia ( tarikh sah lebih 6 bulan ).
  • Buku Suntikan Meningitis – ACYW 135.
  • 3 keping gambar visa (6cm x 4cm), berlatar putih, zoom muka 80%.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Dokumen mahram / waris.

MAHRAM
Pihak Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur telah menetapkan bahawa, wanita yang berumur 45 tahun ke bawah, kanak-kanak perempuan & kanak-kanak lelaki yang berumur di bawah 18 tahun yang ingin mengerjakan Umrah diwajibkan ditemani oleh mahramnya. Pihak Kedutaan Besar Arab Saudi melarang menggunakan mahram ‘tumpang’. Ia berkuatkuasa serta merta.

BERIKUT ADALAH SENARAI MAHRAM

  • Suami.
  • Bapa.
  • Bapa Mertua.
  • Anak Lelaki Dewasa berumur 18 tahun ke atas.
  • Saudara Lelaki (adik beradik lelaki).
  • Bapa Saudara dari Sebelah Bapa.
  • Anak Lelaki Suami (Anak Tiri Lelaki).
  • Anak Lelaki dari Saudara Lelaki (Anak Saudara).
Sila lampirkan dokumen / serta pengesahan dari pejabat pendaftaran atau Pejabat Agama Islam.

ATURCARA

HARI 01 : RABU | 16 MEI
KUALA LUMPUR > MADINAH

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas ke Madinah dengan penerbangan transit/direct. Tiba di Madinah. Selesai urusan imigresen bertolak ke hotel Madinah, daftar masuk dan rehat.

HARI 02 : KHAMIS | 17 MEI (01 Ramadhan)
MADINAH – ZIARAH LUAR

Sahur dan solat subuh. Jam 7.00 pagi, Jemaah akan di bawa ziarah Masjid Quba, Jabal Uhud dan membeli-belah di Pasar Kurma. Jemaah hanya akan dibawa melalui dan melihat Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh dari dalam bas. Pulang ke hotel dan jadual bebas.

HARI 03 : JUMAAT | 18 MEI (02 Ramadhan)
MADINAH – ZIARAH DALAM

Sahur dan solat subuh. Jemaah dibawa oleh mutawif menziarahi sekitar Masjid Nabawi termasuk di Raudhah dan perkuburan Baqi’.

HARI 04 : SABTU | 19 MEI (03 Ramadhan)
MADINAH – MAKKAH

Sahur dan solat subuh. Jam 0900 pagi, bertolak ke Makkah dan Miqat Bir Ali. Setibanya di Mekah, daftar masuk ke hotel dan berehat sebelum menunaikan ibadah Umrah sambil dibimbing oleh mutawif berpengelaman secara berjemaah.

HARI 05 : AHAD | 20 MEI (04 Ramadhan)
MAKKAH
Sahur dan solat subuh. Jadual sendiri dan bebas beribadat.

HARI 06 : ISNIN | 21 MEI (05 Ramadhan)
MAKKAH > ZIARAH LUAR (JA’ RANAH)

Sahur dan solat subuh. Jam 6.30 pagi, berkumpul di lobi untuk ziarah Jabal Thur, Arafah dan Jabal Rahmah. Jemaah juga akan di bawa melalui dan melihat Masjid Nammierah, Muzdalifah, Mina dan ketiga-tiga tempat melontar Jamratul Aqaba, Ula, dan Wusta serta Jabal Nur dari dalam bas serta bermiqat di Ja’ranah untuk para jemaah yang ingin menunaikan ibadah Umrah.

HARI 07 : SELASA | 22 MEI (06 Ramadhan)
MAKKAH

Sahur dan solat subuh. Jadual sendiri dan bebas beribadat.

HARI 08 : RABU | 23 MEI (07 Ramadhan)
MAKKAH

Sahur dan solat subuh. Jadual sendiri dan bebas beribadat.

HARI 09 : KHAMIS | 24 MEI (08 Ramadhan)
MAKKAH – HUDAIBIYAH
Sahur dan solat subuh. Jam 6.30 pagi, Jemaah akan dibawa menaiki bas dan di iringi oleh mutawif untuk menziarahi ziarah Muzium Haramain. Kemudian bermiqat di Masjid Hudaibiyah (bagi sesiapa yang ingin membuat umrah).

HARI 10 : JUMAAT | 25 MEI (09 Ramadhan)
MAKKAH

Sahur dan solat subuh. Jadual sendiri dan bebas beribadat.

HARI 11 : SABTU | 26 MEI (10 Ramadhan)
MAKKAH > JEDDAH > KUALA LUMPUR

Sahur dan solat subuh. Tawaf Wada’. Bertolak ke Jeddah. Singgah Solat di Masjid Qisas. Tiba di Lapangan Terbang Jeddah. Selesai urusan imigresen pulang ke Malaysia dengan penerbangan MAS.

HARI 12 : AHAD | 27 MEI (11 Ramadhan)
KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur.

PERTANYAAN
Fields marked with an * are required

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *