✈ Kag Travel Sdn Bhd 🌍

Umrah

12H10M UMRAH MEI 2020

MAKLUMAT PENERBANGAN

Tarikh Penerbangan 28 Mei – 08 Jun 2020
Durasi Pakej 12 Hari 10 Malam
Destinasi KUL > MED > JED > KUL
Pesawat Saudia Airlines / Malaysia Airlines/ Emirates

PAKEJ UMRAH MEI 2020

Dewasa Bilik Berempat RM 7,990
Bilik Bertiga RM 8,340
Bilik Berdua RM 8,960
Kanak – kanak Berkatil RM 7,360
Tanpa Katil RM 5,980
Bayi Tanpa Katil RM 1,820

Harga tertakluk kepada pindaan Syarikat Penerbangan dan hotel penginapan serta pertukaran matawang semasa. Visa dan tarikh adalah tertakluk kepada Kaunselor Kedutaan Saudi Kuala Lumpur.

HARGA PAKEJ TERMASUK PENGURUSAN:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai KUL > MED > JED > KUL.
  • Penginapan di Makkah Retaj Al Bayt (50m) dan Madinah Hayah Al Taqwa (50m) ATAU Setaraf.
  • Makan dan minum di Makkah dan Madinah.
  • Lawatan di kota suci Makkah termasuk ke Hudaibiyah dan lawatan di Madinah.
  • Pengangkutan bas berhawa dingin sepanjang perjalanan darat.
  • Perkhidmatan Muassasah termasuk VISA.
  • Perkhidmatan Mutawwiff di Mekah dan Madinah.
  • Seorang petugas dari KAG Travel serta seorang guru pembimbing yang akan mengiringi Jemaah dari Kuala Lumpur sehingga pulang.
  • Kursus Pemantapan Umrah.
  • Insuran peribadi (Manfaat perlindungan sehingga RM 100,000.00).
  • Tambahan kenaikan Insurans Saudi berkuatkuasa bermula 1 Jan 2020

CENDERAHATI:

  • Bagasi 24″ dan Beg kabin 20″
  • Beg gantung umrah
  • Uncang kasut
  • Kain ihram / telekung
  • Buku panduan umrah
  • Tag nama dan tag bagasi
  • Air zam-zam 5 liter untuk setiap seorang

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

  • Mengisi borang pendaftaran.
  • Wang pendahuluan sebanyak RM1000 seorang.
  • Bayaran penuh hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum berlepas.
  • Passport Malaysia (tarikh sah lebih 6 bulan).
  • Buku Suntikan Meningitis – ACYW 135.
  • 4 keping gambar visa (6cm x 4cm), berlatar putih, zoom muka 80%.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Dokumen mahram / waris (jika berkaitan).

MAHRAM
Pihak Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur telah menetapkan bahawa, wanita yang berumur 45 tahun ke bawah, kanak-kanak perempuan & kanak-kanak lelaki yang berumur di bawah 18 tahun yang ingin mengerjakan Umrah diwajibkan ditemani oleh mahramnya. Pihak Kedutaan Besar Arab Saudi melarang menggunakan mahram ‘tumpang’. Ia berkuatkuasa serta merta.

BERIKUT ADALAH SENARAI MAHRAM

  • Suami.
  • Bapa.
  • Bapa Mertua.
  • Anak Lelaki Dewasa berumur 18 tahun ke atas.
  • Saudara Lelaki (adik beradik lelaki).
  • Bapa Saudara dari Sebelah Bapa.
  • Anak Lelaki Suami (Anak Tiri Lelaki).
  • Anak Lelaki dari Saudara Lelaki (Anak Saudara).
Sila lampirkan dokumen / serta pengesahan dari pejabat pendaftaran atau Pejabat Agama Islam.

ATURCARA

HARI 01 : KHAMIS| 28 MEI
KUALA LUMPUR > MADINAH

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas ke Madinah. Tiba di Madinah. Selesai urusan imigresen bertolak ke hotel Madinah, daftar masuk dan rehat.

HARI 02 : JUMAAT| 29 MEI
MADINAH – ZIARAH DALAM

Solat subuh dan sarapan pagi. Jemaah dibawa oleh mutawif menziarahi sekitar Masjid Nabawi termasuk di Raudhah dan perkuburan Baqi’.

HARI 03 : SABTU| 30 MEI
MADINAH – ZIARAH LUAR
Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 7.30 pagi, Jemaah akan di bawa ziarah Masjid Quba, Jabal Uhud dan membeli-belah di Pasar Kurma. Jemaah hanya akan dibawa melalui dan melihat Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh dari dalam bas. Pulang ke hotel dan jadual bebas.

HARI 04 : AHAD| 31 MEI
MADINAH – ZIARAH TAMBAHAN

Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 7.30 pagi, Jemaah akan di bawa ke Bukit Magnet dan Muzium Pencetakan Al Quran sekiranya kilang percetakan itu dibuka & tiada halangan untuk menziarahi bukit magnet. Pulang ke hotel dan jadual bebas.

HARI 05 : ISNIN| 01 JUN
MADINAH – MAKKAH
Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 1100 pagi, letakkan beg di luar pintu hotel. Wida’ Rasulullah dan solat Jamak Takdim Zohor Asar. Jam 0200 petang bertolak ke Makkah dan Miqat Bir Ali. Setibanya di Mekah, daftar masuk ke hotel dan berehat sebelum menunaikan ibadah umrah sambil dibimbing oleh mutawif berpengalaman secara berjemaah.

HARI 06 : SELASA| 02 JUN
MAKKAH

Solat subuh dan sarapan pagi. Jadual sendiri dan bebas beribadat.

HARI 07 : RABU| 03 JUN
MAKKAH

Solat subuh dan sarapan pagi. Jadual sendiri dan bebas beribadat.

HARI 08 : KHAMIS| 04 JUN
MAKKAH – ZIARAH LUAR (JA’RANAH)

Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 6.30 pagi, berkumpul di lobi untuk ziarah Jabal Thur, Arafah dan Jabal Rahmah. Jemaah juga akan dibawa melalui dan melihat Masjid Nammierah, Muzdalifah, Mina dan ketiga-tiga tempat melontar Jamratul Aqaba, Ula, dan Wusta serta Jabal Nur dari dalam bas serta bermiqat di Ja’ranah untuk para jemaah yang ingin menunaikan ibadah Umrah.

HARI 09 : JUMAAT| 05 JUN
MAKKAH
Solat subuh dan sarapan pagi. Jadual sendiri dan bebas beribadat.

HARI 10 : SABTU| 06 JUN
MAKKAH – HUDAIBIYAH

Solat subuh dan sarapan pagi. Jemaah akan dibawa menaiki bas dan diiringi oleh mutawif untuk menziarahi Muzium Haramain. Kemudian bermiqat di Masjid Hudaibiyah (bagi sesiapa yang ingin membuat umrah).

HARI 11 : AHAD| 07 JUN
MAKKAH > JEDDAH

Tawaf Wada’. Bertolak ke Jeddah. Singgah solat di Masjid Qisas Jeddah. Tiba di Lapangan Terbang Jeddah. Selesai urusan imigresen pulang ke Malaysia.

HARI 12 : ISNIN| 08 JUN
KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur.

PERTANYAAN
Fields marked with an * are required

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *